Jualan murah PKPS di empat tempat esok, ayam RM10 seekor

22 Jul 2024 • 5:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 22 JULAI: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di empat lokasi, esok.

Jualan Ehsan Rahmah (JER) bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 (Kota Anggerik) dan Pasar Bunian, Parit 9 Maincenal (Sekinchan).

Program sama turut diadakan di pekarangan Pusat Khidmat DUN Jeram (Jeram) dan tapak pasar malam hari Jumaat, Jalan Hulubalang 21 (Sentosa).

Inisiatif JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

image is not available