Jualan murah PKPS kembali di Rawang, Kinrara hari ini

3 Jul 2023 • 8:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 3 JULAI: Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kembali beroperasi di tiga lokasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang sepanjang Julai.

Jualan murah itu bertempat di Surau Ar Rahman Taman Rawang Perdana hari ini; Padang Jalan Pelangi 2, Taman Pelangi (10 Julai) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kampung Tanjung Rawang (16 Julai).

“Ayuh bawa semua kenalan anda untuk hadir ke Jualan Ehsan Rahmah Rawang,” kata penyandang kerusi DUN Chua Wei Kiat menerusi Facebook.

JER yang bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari turut diadakan DUN Kinrara iaitu di tapak parkir pasar pagi, Taman Wawasan, Jalan Wawasan 2/23 hari ini.

JER akan menjelajah ke sembilan lokasi di serata daerah di negeri ini, mulai hari ini selepas berehat selama lima hari sempena Aidiladha.

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun 2023 dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved