Jualan murah, saringan percuma di Sepang hujung minggu ini

26 Oct 2022 • 12:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 26 OKT: Orang ramai boleh mendapatkan barangan asas dengan harga murah menerusi Jelajah Ehsan Rakyat di KIP Sentral, Kota Warisan pada 29 dan 30 Oktober.

Inisiatif sebahagian Jelajah Selangor Penyayang bertemakan Menjamin Kehidupan Bermartabat turut menganjurkan saringan kesihatan percuma menerusi Selangor Saring.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan artis dan persembahan basikal lasak BMX, menyertai cabutan bertuah dan pertandingan memanah serta sukan rakyat.

Acara selama dua hari itu bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, yang turut dijadual mengadakan program bersama komuniti pada sebelah pagi.

Sebelum ini, acara sama diadakan di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam dan Stadium Sultan Sulaiman, Klang. Ia juga pernah diadakan di Taman Kosas Ampang Jaya dan Dataran Pantai Morib Kuala Langat.

Selain itu, program turut berlangsung di Stadium Utama Kuala Selangor, Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Padang Awam Batu Caves.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved