Jualan TikTok Akan Dimuktamadkan Ketika Pertemuan Presiden Trump dan Xi Pada Khamis Ini

WorldPolitics
26 Oct 2025 • 10:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Saga penjualan perniagaan TikTok di Amerika Syarikat yang bermula lebih lima tahun lalu akan akhirnya dimuktamadkan minggu ini. Setiausaha Perbendaharaan A.S. Scott Bessent mengatakan selepas perbincangan dengan wakil China selama dua hari di Kuala Lumpur, terma jualan yang sudah beberapa kali ditangguhkan ini akan dimuktamadkan oleh Presiden Donald Trump dan Xi Jinping pada Khamis ini di Korea Selatan ketika persidangan APEC.

image is not available

Nilai jualan dan siapa akan mengambil alih perniagaan TikTik Amerika Syarikat juga akan akhirnya diketahui minggu ini. Trump memaksa Bytedance menjual TikTok ketika beliau memegang jawatan presiden buat pertama kali pada tahun 2020. TikTok didakwa mendatangkan risiko keselamatan kerana berkongsi data pengguna Amerika dengan China. Ini dinafikan Bytedance dan data kemudiannya disimpan dalam pelayar milik Oracle.

Presiden Biden kemudian tidak meneruskan arahan eksekutif memaksa jualan tetapi kemudian meneruskannya di penghujung penggal pentadbiran beliau. TikTok dan CapCut dibuang daripada stor aplikasi utama Amerika Syarikat selama beberapa hari kerana gagal memenuhi arahan sebelum Trump kemudiannya memberikan lanjutan kepada tempoh akhiri jualan beberapa kali sejurus selepas beliau dilantik menjadi presiden untuk kali kedua.