Juara Pertandingan Akhir Pantun Lakon 2024 Anjuran BSN & DBP Bawa Pulang Wang RM4,000 [Video]

LocalEntertainment
11 Oct 2024 • 12:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Semalam (10 Oktober), telah berlangsungnya Pertandingan Akhir Pantun Lakon 2024 ini di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Pertandingan edisi kedua anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak ia mula diperkenalkan tahun lalu itu menggabungkan elemen melafazkan pantun dan persembahan lakonan.

Peserta pertanding secara berkumpulan, lakonkan watak berdasarkan skrip diberikan

Dalam pertandingan akhir ini, peserta telah bertanding secara berpasukan dan pada tahun ini para peserta akan melakonkan persembahan berdasarkan skrip yang disediakan oleh urus setia.

Kami telah berpeluang untuk menghadiri pertandingan akhir ini dan menyaksikan sendiri kehebatan para peserta berlakon sambil berpantun.

Tidak dinafikan, enam peserta yang terpilih ke peringkat akhir itu hebat-hebat belaka dalam mengambil hati juri dan para penonton.

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy Ezreen

Pemenang Pertandingan Akhir Pantun Lakon 2024

Ratna Atika Zainal Amin, 33, kemudiannya dinobatkan sebagai juara, manakala naib juara pula disandang oleh Nurul Izzah Jaminan dan tempat ketiga diberi kepada Nisa Madihah Nazzri.

Sementara itu, Mohammad Nor Affiq Norshamsudin, Nur Khairunnisa Odin dan Amirul Zikri Ruslan pula masing-masing menerima hadiah saguhati.

Bagi kumpulan terbaik pula dimenangi oleh Ratna Atika, Nur Khairunnisa dan Nisa Madihah. Ratna Atika turut dinobatkan sebagai pelakon terbaik dan Nurul Izzah pula sebagai pemantun terbaik.

Hadiah bagi setiap pemenang

Juara untuk edisi kali ini menerima hadiah wang sebanyak RM4,000 manakala naib juara pula menerima RM3,000 dan tempat ketiga meraih RM1,500. Hadiah untuk tiga tempat sagu hati pula berjumlah RM1,000 setiap sorang.

Selain itu, pemenang kategori pemantun terbaik dan persembahan lakon terbaik masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

image is not available

Sekadar info, peringkat saringan pertandingan ini telah berlangsung pada 22 Ogos hingga 15 September 2024 secara dalam talian melalui platform-platform media sosial, Facebook, Instagram dan TikTok.

Sebanyak 41 penyertaan telah diterima dan enam orang peserta terbaik telah terpilih untuk ke peringkat akhir.