Juara ‘Squid Game: The Challenge’ Masih Menanti Hadiah RM21.26 Juta

Entertainment
15 Dec 2023 • 10:46 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemenang ‘Squid Game: The Challenge’, Mai Whelan memberitahu dia masih tidak menerima wang kemenangan berjumlah AS$4.56 juta (RM21.26 juta) selepas 10 bulan menyertai program tersebut.

Menurut laporan Mirror, Mai Whelan berjaya menewaskan 455 peserta menerusi beberapa cabaran yang diiilhamkan dari karya fenomena Korea Selatan itu.

Wang sebanyak RM21.26 juta yang dikreditkan ke dalam akauan Mai Whelan pada akhir episod hanyalah ‘drama’ semata-mata untuk ditunjukkan kepada orang ramai.

image is not available

“Sewaktu menang saya rasa seperti Tom Cruise dalam Jerry Maquire. Tunjukkan saya wang itu!” kata Whelan.

Difahamkan juga, wanita yang berusia 55 tahun itu menggunakan wangnya sendiri untuk membeli busana dari jenama terkenal Ralph Lauren dan sepasang kasut Jimmy Choo bagi menghadiri malam gala Squid Game.

image is not available

image is not available

Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai perancangan untuk mendermakan wang kemenangan itu kepada badan kebajikan dan mahu membeli sebuah kediaman.

Pun begitu, Whelan masih belum menerima wang kemenangan yang dijanjikan namun, para peserta didakwa sedar mengenai cara dan terma pembayaran kemenangan yang akan diperoleh selepas 10 episod Squid Game selesai ditayangkan di Netflix.

image is not available

Sumber: Mirror

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved