
Kota Kinabalu: Tiga penganggur lelaki didenda sejumlah RM4,500 pada Khamis kerana terlibat dalam kegiatan perjudian.
Ong Bee Kuan, 50, Mohd Hazlan Mohammad, 26, dan Mohd Amirul Ameer, 25, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kepada pertuduhan terhadap mereka.
Mereka masing-masing didenda RM1,500 atau penjara dua bulan.
Ong didapati memiliki tiga keping tiket loteri haram pada 12 tengah hari 26 Sept di sini.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Mahkamah diberitahu oleh pihak pendakwaan bahawa Ong ditahan polis yang turut merampas tiket loteri tersebut, telefon bimbit, pencetak mudah alih dan wang tunai RM70 daripadanya.
Kesalahan mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Hazlan didapati berjudi di tempat awam di Inanam pada jam 6.37 petang 28 Ogos.
Polis yang menahan Hazlan turut merampas telefon bimbit dan RM100 daripadanya, kata pihak pendakwaan.
Amirul juga didapati berjudi di tempat awam di sini pada 2.32 petang 10 Jun tahun ini.
Telefon bimbit Amirul dan RM60 dirampas daripadanya semasa dia ditahan, mahkamah diberitahu.
Hazlan dan Amirul didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam dilantik yang mewakili tiga tertuduh memohon hukuman ringan atas sebab mereka kini menganggur dan menjaga ibu bapa masing-masing.
Pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pencegahan dan perintah pelupusan terhadap barang rampasan itu.
Mahkamah memerintahkan wang yang dirampas itu dilucuthakkan sebagai hasil kerajaan.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik.
Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence dan Carmen Khoo bertindak sebagai peguam dilantik.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
