Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic-Style Kini Kembali Di Padang Merdeka Kuching

30 Mar 2023 • 12:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bolehlah ajak kawan-kawan dan keluarga korang untuk berbuka di sini

Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic-Style Kini Kembali Di Padang Merdeka Kuching. Ramadan sudah tiba dan tradisi buka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan semakin hampir.

Jika anda sedang mencari idea untuk buka puasa yang berbeza dan menarik, kali ini MySED mengadakan buka puasa ala piknik di Padang Merdeka, Kuching terbuka untuk semua warga.

image is not available
Kredit gambar: FB Bakir Bujang

Mari berbuka puasa dengan picnic-style. Bertapak di Padang Merdeka pada 9 April ini

Persatuan Kebajikan Mahabbah Kuching bakal mengadakan program Juh Berambeh Sungkey @ Kuching 2023 di Padang Merdeka, Kuching pada 9 April ini.

Bermula pada pukul 4 petang hingga 8 malam, program ini merupakan kerjasama dengan Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MySED).

Anda boleh membawa makanan dan minuman kesukaan anda dan menyediakan alas atau tikar untuk duduk di atas rumput. Program ini juga terbuka kepada semua bangsa dan agama.

image is not available
Kredit gambar: FB Darrel Lim

Terdapat pelbagai acara menarik turut diadakan

Program ini tidak hanya memberikan peluang kepada mereka yang berbuka puasa di sini, tetapi juga mempunyai pelbagai acara sampingan yang menarik. Antara acara sampingan yang akan diadakan adalah penyerahan bubur lambuk, sumbangan kepada golongan asnaf, dan sesi cabutan bertuah.

Jadi, jika anda mencari idea untuk buka puasa yang berbeza dan menarik, mengadakan piknik di Padang Merdeka, Kuching mungkin boleh menjadi pilihan yang menarik. Jumpa di sana!

image is not available
Juh Berambeh Sungkey, Buka Puasa Picnic-Style Kini Kembali Di Padang Merdeka Kuching

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

View Original Article