'Jumaat ini birthday Fazura...' Anda tahu apa perlu buat, pesanan warganet buat Fattah Amin tular

LocalEntertainment
26 Sep 2024 • 5:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KERETAKAN rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura terus menjadi perhatian ramai khususnya para peminat.

Memetik OhBulan, seorang pengguna media sosial meluahkan harapan agar aktor Fattah Amin terus berusaha menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri, Nur Fazura sebelum prosiding perceraian seterusnya berlangsung pada 7 Oktober depan.

Hantaran menerusi laman sosial X berkenaan menyebut dua tarikh penting yang boleh digunakan aktor Mat Kilau untuk memujuk isteri tersayang.

image is not available

"Saya percaya Fattah seorang suami yang baik dan Fazura juga seorang isteri yang baik.

"Saya berharap dalam tempoh dua minggu sebelum tiba hari prosiding seterusnya, mereka berdua boleh selesaikan secara baik. Ulang tahun Fazura pada Jumaat ini (27 September) dan Fatima pada 2 Oktober depan.

"Awak tahu apa yang sepatutnya awak buat, Fattah," kongsinya.

image is not available

Terdahulu, pelakon berusia 34 tahun itu menyatakan masih menyayangi Fazura.

Imbas kembali, Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Fattah dan Fazura yang popular singkatan Fattzura itu berkahwin pada 27 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: OhBulan