Jumlah guru sertai aktiviti luar sekolah mungkin dihadkan - KPPM

14 Jul 2025 • 3:30 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
MOHD AZAM

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan perbincangan bagi mengehadkan jumlah guru untuk menyertai aktiviti luar sekolah.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, langkah itu diambil dalam usaha mengurangkan beban tugas pendidik yang sering dilibatkan dalam tugasan luar sekolah.

"Sebenarnya, satu hari berapa orang cikgu boleh pergi, tak ada (tiada di sekolah) untuk (menyertai) aktiviti-aktiviti ini pun kita akan berbincang," kata selepas merasmikan Program Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2025 di Politeknik Merlimau, Melaka pada Isnin.

Pada Khamis lepas, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, kementerian itu menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik orang awam sebagai pengawas peperiksaan.

Beliau berkata, isu yang berpanjangan itu sememangnya menjadi fokus beliau sejak memulakan perkhidmatan di KPM dan memerlukan penyelesaian yang menyeluruh.

Mohd Azam berkata, guru besar dan pengetua juga diminta untuk menyusun strategi dalam menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang membabitkan guru agar lebih terkawal dan tidak menambah tanggungjawab sedia ada mereka.

"Saya fokuskan murid dan pelajar kita datang sekolah, mesti dapat hak mereka untuk belajar dan guru-guru tidak payah pening-pening kepala (untuk program bukan berimpak tinggi).

"Perkara lain yang tidak profesional dan tiada kaitan dengan aktiviti pembelajaran dan murid (boleh) tinggalkan," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved