Jumlah mangsa banjir di Johor menurun, Sabah kekal

6 Feb 2023 • 9:59 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 420 orang pagi ini berbanding 506 malam tadi, manakala di Sabah kekal dengan 46 orang setakat 8 pagi ini.

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 394 orang daripada 110 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Batu Pahat, manakala di Segamat, 26 orang daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di satu PPS.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 46 orang daripada 12 keluarga di satu PPS.

Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan penduduk terjejas hanya melibatkan daerah Beaufort dan angka itu dijangka kekal hari ini serta cuaca dilaporkan cerah pagi ini.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang bagi Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin, serta tahap berbahaya di Kuantan, yang dijangka berterusan hingga esok.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada bagi Terengganu (Kemaman); Pahang, (Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong); Negeri Sembilan (Jempol) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi). -Bernama