Jumlah mangsa banjir di PPS Sarawak kekal 123 orang

LocalTravel
25 Jan 2025 • 10:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal 123 orang daripada 34 keluarga pagi Sabtu, dengan dua PPS masih beroperasi di bahagian-bahagian Betong dan Bintulu. Gambar hiasan

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal 123 orang daripada 34 keluarga pagi Sabtu, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di bahagian-bahagian Betong dan Bintulu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan setakat jam 8 pagi ini, PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong masih menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga yang terjejas akibat banjir di Rumah Tembawai Kapok, Awik.

Sementara itu, 33 mangsa daripada 13 keluarga dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput juga masih berlindung di PPS Rumah Steven di daerah Tatau, Bahagian Bintulu.

Pemantauan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menunjukkan paras air meningkat di 18 lokasi di daerah Selangau, Matu dan Sebauh. - Bernama