Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang

22 Feb 2026 • 5:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga petang ini.

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga petang ini berbanding 5,141 orang daripada 2,160 keluarga 8 pagi tadi.

Menerusi kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, kesemua mangsa di Pitas, Paitan dan Tawau itu ditempatkan di 24 pusat pemindahan sementara.

Pitas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,171 orang diikuti Paitan (850) manakala Tawau (245).

"Banjir di ketiga-tiga daerah itu telah menjejaskan 70 kampung,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah petang dan malam. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved