Jumlah Mangsa Banjir Pindah Ke Pusat Pemindahan Di Sarawak Meningkat

11 Oct 2022 • 1:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jumlah mangsa banjir semakin meningkat

Jumlah Mangsa Banjir Pindah Ke Pusat Pemindahan Di Sarawak Meningkat. Jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 38 orang setelah 22 mangsa dari tiga kampung di Subis dekat Miri berpindah semalam.

image is not available
Jumlah Mangsa Banjir Pindah Ke Pusat Pemindahan Di Sarawak Meningkat. Sumber: Berita Harian

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataannya hari ini, berkata empat mangsa daripada dua keluarga di Kampung Dagang Sepupok Niah kini berlindung di PPS Dewan Masyarakat Sepupok Niah.

Mangsa banjir dipinah ke Pusat Pemindahan Sementera

Seramai 18 mangsa lagi adalah daripada empat keluarga yang kini ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat

Bekenu selepas kediaman mereka di Kampung Jenggalas dan Kampung Dagang di Bekenu dinaiki air.

image is not available
Pusat Pemindahan Sementara

Sementara itu, 16 individu daripada tiga keluarga di Kapit yang menjadi kumpulan mangsa pertama dipindahkan dalam episod terbaru banjir di Sarawak ini masih lagi berlindung di PPS Asrama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Kapit.

Baca lagi artikel terkini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved