Jumlah pekerja asing diumum pada Mac - Salahuddin

14 Jan 2023 • 6:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salahddin (tiga dari kiri) ketika menyempurnakan perasmian pertandingan kaligrafi Tahun Baharu Cina di Paradigm Mall pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Jumlah pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan perladangan di negara ini dijangka dapat diumumkan menjelang Mac 2023.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itu sudah pun berada dalam peringkat akhir perbincangan bersama pihak industri terbabit sebelum dimuktamadkan.

"Isu pekerja asing ini harap dapat diselesaikan segera dan kabinet juga telah buat keputusan penting minggu lalu dengan menyasarkan tiga bulan atau pada Mac untuk berikan jumlah pekerja asing yang cukup dalam semua sektor terutamanya pembinaan dan perladangan.

"Malah, pihak industri juga sedia berbincang mengenai kestabilan harga barang sekiranya mereka mendapat pekerja yang secukupnya di sektor-sektor berkenaan (pembinaan, perladangan)," katanya selepas menyempurnakan perasmian pertandingan kaligrafi Tahun Baharu Cina di Paradigm Mall pada Sabtu.

Sementara itu, Salahuddin meminta orang ramai tampil membuat laporan berhubung isu kenaikan harga makanan di kantin-kantin sekolah ketika ini,.

Katanya, orang ramai diharap dapat menyalurkan maklumat lengkap berhubung perkara berkenaan.

"Beritahu sahaja di mana lokasi sekolah berkenaan dan kita akan siasat, " tegasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved