Jumlah PPS dan mangsa banjir di Sarawak meningkat

16 Feb 2024 • 9:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Situasi banjir di kawasan selatan Sarawak mencatatkan pertambahan jumlah mangsa dan PPS, setakat 5.30 petang Jumaat. Gambar hiasan

KUCHING - Situasi banjir di kawasan selatan Sarawak mencatatkan pertambahan jumlah mangsa dan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 5.30 petang Jumaat.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), jumlah PPS di negeri itu meningkat kepada tiga berbanding dua pada pagi tadi susulan pembukaan PPS Dewan Masyarakat Stapok, di sini lewat tengah hari.

Menurut JPBN Sarawak jumlah mangsa banjir meningkat kepada 191 orang daripada 54 keluarga berbanding 18 orang daripada enam keluarga tengah hari tadi.

"Buat masa ini, dua PPS melibatkan kawasan Kuching iaitu Dewan Kampung Sinar Budi Baru dan Dewan Masyarakat Stapok yang masing-masing menempatkan 34 dan 135 mangsa.

"Satu lagi PPS diaktifkan di Bau iaitu Dewan Kampung Segong yang menempatkan enam mangsa," menurut laporan itu.

Hujan berterusan sejak 3 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di selatan negeri itu mengalami banjir. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved