Jumlah waktu bekerja lebih pendek bermula 1 September 2022

11 Aug 2022 • 1:11 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Bermula 1 September 2022, pekerja di Malaysia bakal menikmati pengurangan tempoh jam bekerja sehingga 3 jam.

Berdasarkan kepada pindaan Akta Kerja 1955 pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam sahaja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara kelmarin bahawa pindaan tersebut dilaksanakan bagi menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam waktu kerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Secara tidak langsung pindaan ini membolehkan pekerja menggunakan susunan waktu bekerja yang lebih fleksibel.

Pindaan baru juga membenarkan pekerja untuk bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik Covid-19.

Dalam masa yang sama, Awang turut memaklumkan tiada cadangan bagi menetapkan 4 hari bekerja di peringkat kementerian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved