“Jumpa ayah saya la..”- Tular remaja 14 tahun pandu kereta, bawa adik2 ronda taman

29 Jul 2024 • 9:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial memaparkan seorang remaja 14 tahun pandu kereta berserta dua lagi kanak-kanak dipercayai adiknya sehingga menuai kecaman warganet.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 49 saat, kejadian tersebut berlaku pada waktu malam.

Dalam video itu, dilihat seorang wanita telah menahan sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu remaja lelaki yang didakwa berusia 14 tahun.

image is not available

Remaja 14 tahun pandu kereta

Awal rakaman video jelas memaparkan kereta itu dipandu remaja berkenaan dalam keadaan laju ketika melalui bonggol di hadapan sebuah rumah.

Dia bagaimanapun ditahan oleh wanita terbabit untuk memberhentikan kenderaan yang dipandu.

Wanita terbabit juga memaklumkan mahu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

image is not available

Namun, remaja berkenaan meminta wanita tersebut berjumpa dengan bapanya selain memaklumkan adik-adiknya degil mahu ikut dan duduk di hadapan.

“Jumpa ayah saya la..”jawabnya.

Dalam perkembangan lain, video berkenaan telah mendapat perhatian pihak berkuasa dan kini dalam siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semakan laporan sedang dibuat dengan semua ketua trafik kontinjen negeri.

image is not available

Pihaknya kini sedang mengenal pasti lokasi kejadian selain akan mengesan keluarga kanak-kanak terbabit.

Sumber: X update11111, Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)