“Jumpa Di Syurga..” – Dibaham Buaya Depan Mata, Ramai Sebak Bapa Reda Dengan Pemergian Anak

6 Dec 2022 • 12:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular video di platform media sosial memaparkan seorang bapa cuba menyelamatkan anak kesayangan dari di baham seekor buaya ketika berkayak di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah, namun gagal.

Hal terbabit meraih perhatian ramai dan rata-rata berasa sebak melihat si bapa gagal serta disebabkan usaha untuk menyelamatkan anaknya itu, lelaki terbabit mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala serta badan, manakala anaknya pula ‘diratah’ oleh seekor buaya besar.

Melalui perkongsiaan satu video di TikTok, seorang jejaka bernama Adrian Edy telah melawat si bapa dan memberi kata-kata semangat berserta wang sumbangan untuknya.

Menurut bapa mangsa, dia reda dengan perkara yang telah berlaku keatas anaknya dan kata-kata yang membuatkan netizen berasa sebak apabila dia meluahkan ingin berjumpa dengan arwah anak di syurga kelak.

Dalam pada masa yang sama, melihat dari raut wajah bapa mangsa kanak-kanak diratah buaya itu,netizen merasakan dia cuba untuk senyum dan menjadi kuat mengharungi dugaan yang dihadapi ketika ini.

image is not available

image is not available

Sehingga artikel ini di tulis, video yang dikongsikan oleh jejaka yang mengunjungi bapa mangsa itu telah meraih lebih 200 ribu tanda suka dan hampir 2 juta tontonan daripada para pengguna platform berkenaan.

image is not available 24 jam lalu

"Mix Tang Mana? Kacuk 'Berduit' Je Ni" - Dedah 'BF' Baru, Ramai Rasa 'Tertipu' Dengan Siti Saleha?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved