“Jumpa Lah Depan-Depan, Tak Jante” – Kekasih Abang Viva Terkedu Kena ‘Lamar’ Dalam Live

28 Jun 2022 • 10:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kalau sebut je nama Abang Viva, mesti semua akan teringat peristiwa Selangor dilanda banjir yang teruk kan? Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar merupakan salah seorang ‘hero’ yang sama-sama bantu mangsa banjir pada waktu itu.

Kali ini, nama Abang Viva kembali disebut-sebut dan viral kerana telah melamar kekasih hatinya dalam Live TikTok!

Video lamaran Azwan yang dimuat naik di laman TikTok Arianavee telah mendapat sambutan netizen tau!

Rata-rata mereka gembira dengan lamaran Azwan terhadap kekasih hatinya yang bernama Evanoza. Gentleman katanya, haha.

Korang boleh tengok sendiri cara Azwan ‘melamar’ Evanoza. Dia hanya menunjukkan sebentuk cincin kepada kekasihnya dan bertanya jika wanita itu setuju dengan lamarannya.

Perbuatan Azwan yang tiba-tiba itu telah membuat kekasihnya terkedu dan tidak percaya pada mulanya.

Netizen yang menonton video tersebut ada yang menyokong tindakan Azwan dan ada juga yang menyuruhnya melamar depan-depan kerana caranya itu kelihatan seperti ‘memaksa’.

Hahaha, macam-macam la idea dan ragam netizen ni.

image is not available

Macam paksa je

image is not available

image is not available

Lamar je orang lain

image is not available

image is not available

Lu memang gentle!

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Arianavee

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article