“Jungkook Bakal Kembali?” – Jungkook BTS Umum Kemunculan Semula Dengan ‘GOLDEN’

Music
4 Oct 2023 • 10:14 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Yang ditunggu-tunggu sudah tiba!

BIGHIT MUSIC secara rasmi telah mengumumkan bahawa BTS Jungkook bakal melakukan kemunculan semula dengan album solo pertamanya yang berjudul “GOLDEN” pada bulan hadapan.

“GOLDEN” yang bakal dikeluarkan pada 3 November itu akan mengandungi sebanyak 11 lagu termasuk single digital yang dikeluarkannya sebelum ini iaitu “Seven” (menampilkan Latto) dan “3D” (menampilkan Jack Harlow).

Tambah BIGHIT MUSIC

Album ini diinspirasikan daripada detik-detik emas Jungkook sebagai penyanyi solo serta “Golden Maknae” BTS. Peminat juga boleh menyaksikan sisi baru Jungkook yang bakal disampaikan oleh persembahan serta penampilan khas disamping keluaran “GOLDEN”.

Dalam masa yang sama, Jungkook juga bakal melakukan tayangan perdana single pra-keluarannya “3D” di “Music Bank” pada 13 Oktober ini.

Jadi ARMY semua bawa bersabar ye dah tak lama dah ni

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article