Junjung kasih Tuanku! TMJ kurnia duit raya kepada pemain Harimau Malaya

LocalFootball
26 Mar 2025 • 2:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
TMJ kurnia duit raya

Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail atau TMJ kurnia duit raya kepada pemain Harimau Malaya dan juga pihak pengurusan serta staf sokongan.

image is not available

TMJ kurnia duit raya kepada pemain, staf dan pihak kejurulatihan

Perkara itu dikongsi akaun Facebook Malaysia NT sewaktu baginda berangkat memberikan sokongan kepada pemain-pemain skuad kebangsaan kendalian Peter Cklamovski di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam di Johor malam tadi.

image is not available

Kredit foto: Malaysia_NT

TMJ kurnia duit raya, sempat bersalaman & beri sokongan

Dapat dilihat baginda turut bersalaman dengan para pemain sewaktu turun ke Padang Seri Gelam bagi memberikan sokongan terhadap pasukan Harimau Malaya bertemu Nepal malam tadi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bagi kelayakan Piala Asia 2027.

image is not available

Kredit foto: Malaysia_NT

Menerusi perlawanan tersebut, Harimau Malaya telah berjaya menewaskan pasukan Nepal 2-0 dan meletakkan pasukan negara di kedudukan kedua untuk kumpulan F.

TMJ juga dilihat turut menonton perlawanan tersebut dan meraikan kemenangan Harimau Malaya bersama isterinya, Che’ Puan Mahkota Khaleeda.

Sumber: Facebook Malaysia NT