Junjung titah Agong, SPRM akan siasat kes rasuah tanpa pilih ‘bulu’ -Azam Baki

LocalPolitics
20 Jan 2026 • 6:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menegaskan agensinya akan menjalankan siasatan terhadap kes rasuah dan salah guna kuasa tanpa gentar atau pilih kasih, selaras dengan Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

image is not available

Azam Baki tunjung titah Agong

Memetik laporan daripada Buletin TV3, Azam menyatakan pihak SPRM mahu isu-isu tersebut ‘dibersihkan’ dengan tegas tanpa mengika pangkat atau kedudukan seseorang.

“Saya menjunjung Titah Baginda yang mahu isu rasuah dan salah guna kuasa dibersihkan secara tegas.
“Kami akan menyiasat tanpa rasa takut. Kami tidak akan memilih kasih, memilih bulu atau sebagainya tanpa mengira kelas seseorang itu,” tegasnya.

image is not available

Terpulang masyarakat nak kata hanya siasat ‘ikan bilis’

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek dan Majlis Perasmian Pusat Latihan Asas, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azam Baki juga menegaskan SPRM telah membuktikan pendirian tegas ini melalui siasatan beberapa kes berprofil tinggi sejak beberapa tahun lalu, sekaligus menepis dakwaan bahawa agensi hanya menumpukan kepada golongan bawahan.

“Kalau ada masyarakat masih memandang kami hanya menyiasat ‘ikan bilis’, terpulanglah,” jelasnya.

image is not available

Artikel lain: 3 NGO ‘popular’ dalam radar SPRM, kutip dana jutaan ringgit masuk akaun peribadi -Azam Baki

Sebelum ini, menerusi Titah Diraja Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 semalam, Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan atas kes rasuah berprofil tinggi melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menitahkan SPRM menjalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna bagi memperkukuh usaha memerangi rasuah di negara ini.

Sumber: Buletin TV3 (Douglas Elliot David)