JUPEM Memperkenalkan Aplikasi MyKiblat 

TechnologyDigital
19 Aug 2023 • 7:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kini hadir dengan sebuah aplikasi baharu, iaitu MyKiblat. Seperti pada namanya, ia ingin memudahkan pengguna beragama Islam dalam mengetahui arah kiblat, sebelum menunaikan ibadah.

image is not available

MyKiblat dikatakan sebagai sebuah aplikasi saintifik yang menggunakan koordinat peranti pengguna dalam menghitung azimut kiblat, waktu solat dan juga waktu lintasan matahari di atas garisan kiblat.

Ia hadir dengan sokongan realiti-terimbuh – membolehkan pengguna mengaktifkan kamera dan melihat arah kiblat melaluinya. Disamping itu, aplikasi ini turut dilengkapi dengan sokongan waktu bayang searah kiblat yang dipaparkan pada aplikasi.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini di Android dan iOS. Daripada percubaan kami, aplikasi ini dilihat tidak dibenarkan untuk dipasang pada beberapa peranti Samsung. Mungkin masalah ini akan diatasi pihak JUPEM dalam kemaskini aplikasi akan datang.

View Original Article