Juri agung Georgia untuk kes Trump angkat sumpah

12 Jul 2023 • 3:13 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Juri agung Georgia yang dijangka mengendalikan kes pendakwaan terhadap bekas presiden Donald Trump berkaitan pilihan raya 2020 mengangkat sumpah, selepas proses pemilihan berlangsung selama tiga jam di mahkamah di Atlanta, pada Selasa, lapor Sputnik memetik laporan CNN.

Dua barisan panel itu, masing-masing mengandungi 23 juri agung dan tiga orang pengganti. Satu daripada dua panel ini dijangka bertanggungjawab untuk meluluskan pendakwaan terbabit.

Pada Januari 2021, terdapat rakaman audio yang menunjukkan Trump memberitahu Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger untuk “mencari” undi bagi membatalkan kemenangan pilihan raya Joe Biden.

Hal ini menyebabkan Peguam Daerah Fulton, Fani Willis, melancarkan siasatan ke atas cubaan Trump untuk membatalkan undi pada Januari 2021.

Willis mengumumkan pertuduhan terhadap bekas presiden itu pada Ogos.

Trump juga berdepan pendakwaan di New York atas tuduhan cuba menyembunyikan pembayaran sulit, serta pertuduhan persekutuan atas dakwaan bersalah mengendalikan dokumen sulit.

Beliau menafikan semua tuduhan dan menuduh pihak pendakwa raya Demokrat cuba menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya presiden 2024. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved