Jurnal Fesyen: Tinjau pakaian Ariana Grande & Cynthia Erivo di premier Wicked 2024

WorldEntertainment
20 Nov 2024 • 9:48 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Filem gabungan duo, Ariana Grande dan Cynthia Erivo, Wicked 2024 bakal menggegarkan panggung wayang di Malaysia mulai 21 Disember ini.

Sudah lama dikhabarkan tentang pembikinan filem Wicked ini sejak Disember 2022 dan akhirnya berakhir sesi penggambaran pada January 2024. Siapa sangka kita bakal menyaksikan karya unggul hasil arahan Jon M. Chu ini pada keesokan hari!

Ramai yang sudah pun tahu permulaan karier penyanyi pop terkenal, Ariana Grande, bermula sejak kecil kerana bergiat aktif dalam seni pementasan broadway. Cynthia Erivo, memegang watak Elphaba di dalam Wicked 2024 ini juga bukan calang-calang orangnya. Dia merupakan seorang penyanyi dan pelakon British yang telah merangkul banyak anugerah dan salah satu karya ulungnya seperti The Color Purple.

Pelantun suara We Can’t Be Friend itu juga dikhabarkan telah lama mengiidamkan watak Glinda, yang merupakan salah satu watak utama dalam filem ini. Begitu juga buat Cynthia Erivo, dia tidak sangka dapat memegang watak Elphaba dan memuat naik satu post di Instagram dengan caption, “Pink goes good with Green ”.

Sudah tentunya mereka berdua menghiasi karpet merah di premier Wicked 2024, menyerlah dan kelihatan memukau–kedua-dua pelakon dan penyanyi, Ariana dan Cynthia menggayakan pakaian serta aksesori yang cukup menarik. Jom kita lihat apa outfit red carpet mereka ke kota Emerald!

Pakaian eksklusif tayangan perdana Wicked 2024

#1 London

Tidak lagi membawakan imej berwarna ikonik pink seperti wataknya Glinda, Ariana Grande menggayakan gaun berwarna kuning lembut rekaan dari Ralph Lauren untuk ke premier itu. Gaun itu mempunyai lapisan tulle memberikan siluet sepeti awan melilit di bahagian torso dan lengannya. Menyempurnakan lagi penampilannya, Ariana memakai aksesori memukau dari perhiasan Swarovski–Matrix Tennis necklace, cincin Matrix Vittore, dan subang Stilla stud earrings, yang menghasilkan lagi imej elegan dan wanita sofistikated.

#2 Sydney

image is not available
Cynthia menggayakan gaun rekaan khas dari Louis Vuitton. | Kredit foto: Louis Vuitton

Cynthia Erivo tampil menggayakan gaun hitam rekaan khas Louis Vuitton bersempena tayangan perdana filem Wicked 2024 di Sydney. Gaun ini menampilkan satu potongan bustier yang menonjolkan sosok elegan bersama skirt berstruktur, dipadankan lagi bersama but satin hitam untuk gaya yang lebih dramatik.

#3 New York

image is not available
Ariana menggayakan gaun rekaan khas dari Louis Vuitton. | Kredit foto: Louis Vuitton

Pelantun suara Thank You, Next! ini menggayakan gaun kain satin sutera berwarna merah jambu rekaan khas dari Louis Vuitton eksklusif untuk tayangan perdana ini. Gaun ini menampilkan satu potongan bustier dengan perincian peplum, dipadankan lagi dengan kasut tumit satin merah jambu sebagai pelengkap gaya.

Selami dunia dua apprentice Ahli Sihir di Wicked 2024!

Bermula dari kisah seorang gadis muda yang sering disalah anggap oleh kulitnya berwarna hijau, Elphaba, dan Glinda, gadis popular, menjadi sahabat di Universiti Shiz di Tanah Oz. Namun, kesudahan mereka menjadi rumit apabila satu pertemuan dengan penyihir hebat Oz. Persahabatan mereka kian menjadi rumit dan sulit…adakah mereka hubungan mereka kekal seperti dahulu?

Jangan lupa untuk saksikan pengembaraan Elphaba dan Glinda di filem Wicked 2024 di pawagam. Jangan lupa juga untuk kongsikan sama ada anda #teamgreen  atau #teampink

image is not available

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia


(Kredit gambar: UIP, Louis Vuitton, & Getty Image)


Note : The information in this article is accurate as of the date of publication.