Jurucakap Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel di utara Gaza

27 Mar 2025 • 6:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

GAZA/ISTANBUL, 27 MAC: Jurucakap Hamas Abdel-Latif al-Qanoua, terbunuh dalam serangan udara Israel sebelum subuh pada Khamis yang menyasarkan bandar Jabalia di utara Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Al-Qanoua syahid apabila tentera Israel menyerang khemahnya di kawasan Jabalia al-Balad,” menurut saluran televisyen Al-Aqsa yang bersekutu dengan Hamas.

Sejak meneruskan serangan genosidnya di Gaza pada 18 Mac, Israel telah membunuh 830 rakyat Palestin dan mencederakan 1,787 yang lain, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza.

Kira-kira 124,000 rakyat Palestin sekali lagi terpaksa berpindah selepas Israel menyambung semula serangannya ke atas Gaza dan mengeluarkan “arahan pemindahan,” menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sejak Oktober 2023, hampir 50,200 rakyat Palestin telah terbunuh, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 113,700 lagi cedera dalam serangan kejam tentera Israel di Gaza.

– BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved