Jurugambar Dedah Koleksi Burung Khazanah Hutan Kelantan Buat Ramai Terpukau

LocalEnvironment
17 Mar 2026 • 9:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Alam semula jadi Malaysia terkenal dengan kepelbagaian flora dan fauna yang mempesonakan.

Antara yang sering mencuri tumpuan ialah spesies burung berwarna-warni yang memiliki corak serta warna unik.

Namun, tidak semua orang berpeluang melihatnya secara dekat kerana kebanyakan spesies ini hidup di habitat tertentu.

Keindahan burung-burung ini selalunya hanya dapat dinikmati oleh segelintir individu sahaja, sehinggalah ia dikongsikan kepada umum.

Spesis burung unik, khazanah hutan Kelantan yang tersembunyi

Seorang jurugambar yang juga peminat spesis burung meraih perhatian ramai apabila lelaki tersebut memuat naik koleksi gambar burung-burung tempatan miliknya di media sosial.

“Burung-burung dalam hutan Kelantan yang mungkin korang tak pernah tengok jika korang bukan pencerap burung (bird watcher),” kongsi lelaki berkenaan.

Menurut Hafiz Ikhlas ketika ditanya SK, sebagai seorang jurugambar burung yang juga pengiring kumpulan yang ingin mencerap burung, dia sering menerima permintaan daripada warga asing.

“Sebenarnya saya ada buat trip untuk tengok burung-burung di Malaysia, terutama di Kelantan sebab saya menetap dekat sini.

“Banyak permintaan warga asing untuk datang Kelantan sebab nak tengok burung ni je,” ujarnya.

image is not available

Mula berkecimpung dalam dunia ini sejak tahun 2006, pelbagai spesis burung tempatan yang dapat dirakamkan.

Lebih menarik lagi, koleksi gambar burung yang berwarna-warni serta memukau ini sememangnya jarang dapat dilihat, biarpun di taman-taman burung awam.

image is not available
Kredit: Hafiz Ikhlas
image is not available
Kredit: Hafiz Ikhlas
Baca juga:
image is not available
Kredit: Hafiz Ikhlas
image is not available
Kredit: Hafiz Ikhlas

Rupa-rupanya, jurugambar ini juga pernah menyumbangkan sebahagian koleksi gambarnya untuk diterbitkan dalam sebuah buku berjudul Common Birds of Malaysia.

Buku tersebut merupakan hasil penerbitan Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) dengan kerjasama agensi pelancongan Malaysia.

image is not available
Kredit: Hafiz Ikhlas
image is not available
Kredit: Hafiz Ikhlas
image is not available
Kredit: Hafiz Ikhlas

Reaksi warga maya

Menerusi ruangan komen, warga maya berpusu-pusu berkongsi gambar dan rakaman burung yang juga jarang dapat dilihat.

Ada juga yang tidak sempat merakamkan gambar tetapi turut berkongsi pengalaman manis bertemu penghuni hutan yang menyinggah.

Ekosistem hutan Malaysia bernilai tinggi, perlu dilindungi

Keindahan burung khazanah hutan Kelantan ini jelas membuktikan betapa berharganya ekosistem hutan yang kita miliki.

Setiap spesies memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan alam.

Justeru, semua pihak perlu berganding bahu memelihara hutan daripada sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan habitat semula jadi.

Sokongan terhadap usaha pemuliharaan juga amat penting demi memastikan generasi akan datang masih berpeluang menyaksikan keunikan ini.

Hargai alam sekitar, elakkan pencemaran dan lindungi khazanah negara agar terus kekal terpelihara.