Jurujual kenderaan maut nahas kereta dengan lori kelapa sawit di Setiu

LocalCars
14 Dec 2025 • 11:43 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

BANDAR PERMAISURI, 14 DIS: Seorang jurujual kenderaan maut selepas kereta dipandunya bertembung sebuah lori muatan kelapa sawit di Kilometer 50 Jalan Pantai Kuala Terengganu-Permaisuri dekat Kampung Telaga Putat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata kejadian berlaku pada 6.11 petang dan mangsa Tuan Nur Amirah Tuan Azhar, 32, dari Kampung Pak Kancil Luar di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas Perodua Myvi mangsa dari arah Kuala Terengganu menghala ke Pasir Puteh, Kelantan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung lori Hino dari arah Pantai Penarik yang menghantar kelapa sawit ke Kampung Rahmat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian menyebabkan kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan manakala lori terbalik namun pemandu berusia 41 tahun tidak cedera.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved