Jurujual rugi lebih RM900,000 terperdaya pelaburan saham dalam talian

25 Jun 2024 • 6:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

IPOH, 25 JUN: Seorang jurujual kerugian RM904,000 selepas terperdaya dengan pelaburan saham secara dalam talian menerusi laman Facebook sejak April lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 51 tahun itu pada semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa melihat satu iklan pelaburan menerusi laman Facebook semasa berada di rumahnya pada 15 April lepas dan telah menekan pautan lalu terus berurusan menerusi aplikasi WhatsApp dengan seorang wanita.

“Mangsa telah memasukkan wang ke dalam dua akaun bank dua syarikat berlainan dengan jumlah keseluruhan RM904,000 pada 1 dan 12 Mei lepas, namun mangsa tidak mendapat pulangan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki dirinya ditipu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved