Jurulatih badminton era 70-An Lee Guan Chong meninggal dunia

4 Jun 2024 • 3:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kuala Lumpur: Bekas jurulatih skuad badminton beregu lelaki kebangsaan Lee Guan Chong meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar di sini pagi tadi.

Anak mendiang Eric Lee ketika dihubungi Bernama berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.

Menurutnya mendiang aktif sebagai jurulatih badminton di Bukit Jalil sebelum bersara pada 2017.

Guan Chong merupakan jurulatih skuad beregu lelaki kebangsaan untuk Piala Thomas 1975 dan 1976.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Pada 1976, skuad negara memperoleh pingat perak selepas tewas kepada Indonesia 9-0 pada aksi final.

Dalam pada itu bekas pemain beregu lelaki negara Datuk James Selvaraj yang juga anak didik Guan Chong berkata pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat arena sukan tanah air.

Menurutnya Guan Chong merupakan seorang jurulatih yang tegas namun banyak mencurahkan ilmu kepada pasukan kebangsaan bagi berentap pada Piala Thomas edisi 1975 dan 1976.

“Jurulatih Guan Chong membimbing skuad beregu lelaki negara pada 1975 dan 1976 dan pada ketika itu saya beraksi bersama Moo Foot Lian dan satu lagi gandingan, Dominic Soong-Cheah Hong Chong.

“Beliau sangat tegas untuk memastikan kami dapat keputusan baik, tetapi beliau sangat ramah dengan pemain ketika itu,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.