‘Jurulatih baharu Harimau Malaya diumum hari ini’ – TMJ

LocalFootball
16 Dec 2024 • 10:12 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memaklumkan bahawa baginda akan berkongsi tiga perkara penting mengenai Harimau Malaya pada hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story pada Ahad, Tunku Ismail menyatakan bahawa ketua jurulatih baharu untuk skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda (skuad bawah 23 tahun) kebangsaan akan diumumkan hari ini.

image is not available

“Esok (Isnin), akan diumumkan mengenai ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Jurulatih skuad B-23, pasukan perubatan, dan teknologi yang akan digunakan untuk memberi impak kepada skuad kebangsaan,” tulis baginda.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Teknikal Harimau Malaya turut akan diumumkan.

Tunku Ismail juga mendedahkan bahawa mesyuarat bersama wakil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) diadakan bagi membincangkan usaha mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang beraksi di luar negara.

“Ada mesyuarat dengan wakil FIFA untuk dapatkan data pemain berdarah campuran Malaysia yang beraksi di luar negara,” ujar baginda dalam hantaran tersebut.