Jurulatih Bola Sepak Di Johor Ditahan Buat Kerja Terkutuk

LocalFootball
16 Jun 2025 • 10:22 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia polis tahan bapa datuk bapasaudara rogol

Kejadian di Bayu Damai, Kota Tinggi, Johor menyaksikan seorang jurulatih bola sepak ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun.

Memetik laporan Sinar Harian, suspek yang berusia 33 tahun ditahan pada 11 Jun lalu sekitar jam 7.30 petang selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa.

Ditahan selepas dua laporan polis diterima

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, berdasarkan laporan suspek disyaki mencabul dua mangsa terbabit di empat lokasi berbeza sekitar kawasan Bayu Damai pada 10 dan 11 Jun lalu.

Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, yang merupakan seksyen berkaitan kesalahan merogol.

Direman empat hari

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Hasil pemeriksaan air kencing suspek bagaimanapun didapati negatif dadah. Kini, suspek direman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini agar tampil menyalurkannya ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kota Tinggi di talian 07-883 7222.

Pssttt! Bila golongan yang sepatutnya jadi pelindung dan pembimbing kepada remaja tergamak buat perkara macam ni, ia memang satu pengkhianatan besar kepada kepercayaan yang diberi. Semoga mangsa dan keluarga diberi keadilan.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.