Jurulatih Brazil Ancelotti Disabitkan Kesalahan Elak Cukai Di Sepanyol

LocalPolitics
10 Jul 2025 • 12:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jurulatih Brazil Ancelotti Disabitkan Kesalahan Elak Cukai Di Sepanyol

MADRID, 10 Julai (Bernama) — Jurulatih pasukan kebangsaan Brazil Carlo Ancelotti dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan mengelak cukai, menurut Mahkamah Wilayah Madrid pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Mahkamah turut mengenakan denda sebanyak €386,361.93 (US$452,268.39). Keputusan itu belum muktamad dan boleh dirayu.

Bekas jurulatih Real Madrid itu dijangka tidak akan dipenjarakan memandangkan hukuman penjara sehingga dua tahun kebiasaannya digantung pelaksanaannya di Sepanyol.

Pejabat pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara selama empat tahun sembilan bulan dan denda melebihi €3 juta.

Ancelotti dituduh gagal membayar cukai berjumlah sekitar €1.06 juta kepada pihak berkuasa cukai sepanjang penggal pertamanya bersama Real Madrid dari 2013 hingga 2015.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved