Jurulatih Vietnam Akui Kekuatan Harimau Malaya Selepas Tewas 4-0

LocalFootball
11 Jun 2025 • 10:12 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pengendali pasukan Vietnam, Kim Sang-sik, mengakui keampuhan skuad Harimau Malaya selepas pasukannya tewas besar 0-4 dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, dalam sidang akhbar selepas perlawanan, Sang-sik melahirkan rasa terkejut dengan keputusan perlawanan dan mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan memalukan tersebut.

image is not available

Foto: Carian Google

“Ia adalah satu keputusan yang tidak saya jangka. Saya tahu penyokong kami sangat kecewa, dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan ini,” katanya.

Sang-sik turut mengakui kekuatan Malaysia yang tampil garang sepanjang perlawanan serta dibarisi pemain berkualiti, termasuk beberapa tonggak naturalisasi.

image is not available

Foto: FB Harimau Malaya

“Malaysia bermain dengan sangat baik dan mereka memiliki ramai pemain dari luar negara. Itu adalah fakta yang kami perlu terima,” ujarnya lagi.

image is not available

Foto: FB Harimau Malaya

Dalam perlawanan itu, Harimau Malaya mempamerkan aksi bertenaga apabila menjaringkan empat gol hasil sumbangan Joao Vitor Figueiredo, Ramon Machado Holgado, La ‘Vere Corbin Ong dan Cools, sekaligus memberikan tamparan hebat kepada Vietnam.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)