“Jururawat Kata Tak Boleh Buka..” – Ibu Kecewa Tangan Anak Cedera Dibalut Ketat

18 Jul 2024 • 11:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ibu

Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya sakit depan mata. Lagi-lagi bila kecuaian itu dilakukan pihak lain. Itulah apa yang berlaku kepada seorang ibu dikenali sebagai Eiyha Fatieyha yang membawa anaknya ke hospital kerana muntah dan cirit birit.

Eiyha pada awalnya sudah memaklumkan anaknya, Sufi menghidap autisme yang tidak boleh bercakap dan memahami arahan.

Disebabkan itu, doktor membuat keputusan untuk membalut kedua-dua tangan Sufi dengan kain bandage kerana bimbang dia membuka jarum drip air. Sufi bagaimanapun masih dapat membuka balutan menyebabkan jururawat mengikat dengan lebih ketat.

image is not available

Keesokkan harinya, jururawat memaklumkan Sufi tidak perlu lagi menggunakan drip air. Ketika itulah ibunya meminta agar balutan dibuka tetapi jururawat tidak mengizinkannya.

Terkejut lihat tangan anak mengecut dan doktor kata ada kecederaan…

Saya tanya boleh tak kalau buka balutan di tangannya itu sebab anak saya tak selesa. Jururawat kata tak boleh, kena tunggu sampai discharge baru boleh buka.

Keesokkannya, doktor bagitahu boleh discharge. Jam 10.30 pagi, tengok Sufi tak selesa, merengek tak mahu tidur sepanjang malam. Siang pun tidur sekejap-sekejap. Saya terus buka balutan itu sendiri tanpa memanggil jururawat.

Bila buka, terkejut tengok keadaan tangan Sufi yang mengecut. Terus panggil jururawat. Doktor yang periksa terus rujuk Sufi kepada doktor ortopedik sebab berlaku kecederaan pada muscle yang serius.

image is not available

Disebabkan kecuaian ini, Sufi terpaksa di tahan wad untuk merawat tangannya. Kita yang dewasa ni pun kalau kena ikat tangan ketat-ketat mesti rasa tak selesa, inikan pula kanak-kanak yang kena ikat 34 jam lamanya.

image is not available

image is not available

Setakat ini Sufi masih lagi dirawat dan masih belum ada tanda-tanda untuk sembuh. Mari sama-sama kita doakan agar sufi kembali sihat dan pihak berwajib silalah ambil tindakan sepatutnya.

image is not available

Jap!