Jurusolek mengaku tak bersalah cabul pelakon 18 tahun tanpa kerelaan

LocalEntertainment
23 Jan 2025 • 5:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang jurusolek mengaku tak bersalah selepas didakwa atas pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang pelakon lelaki pada 17 Januari lalu.

Memetik laporan dari Mstar, Saril Sarip, 42, yang juga merupakan pemilik salon dan tukang gunting rambut telah membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Haderiah Siri selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka.

image is not available

Jurusolek mengaku tak bersalah, masukkan kemaluan mangsa ke mulut

Difahamkan, Saril didakwa melakukan perbuatan yang bertentangan dengan aturan tabii itu dengan memasukkan kemaluan mangsa berusia 18 tahun ke dalam mulutnya tanpa kerelaan serta meletakkan ketakutan kecederaan terhadapnya.

Kejadian tersebut dipercayai dilakukan tertuduh di salun miliknya di Taman Tasik Utama, Melaka Tengah kira-kira jam 4.15 petang pada tarikh berkenaan.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

image is not available

Jurusolek mengaku tak bersalah, mohon ikat jamin rendah

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain telah menawarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi.

Tertuduh perlu melapor diri setiap bulan di Balai Polis Durian Tunggal sehingga kes selesai.

image is not available

Namun begitu, peguam yang mewakili tertuduh, L Sharveen, merayu agar ikat jamin dikurangkan kerana anak guamnya masih bujang serta hanya memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM2,500 sahaja menerusi salunnya dan menyara ibu berusia 78 tahun yang menghidap beberapa penyakit serta menjaga kakaknya yang tidak bekerja.

Susulan daripada itu, Hakim Haderiah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan seperti yang dipohon pihak pendakwaan.

Pihak mahkamah menetapkan 24 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Sumber: Mstar