Juruteknik Didakwa 52 Pertuduhan Sumbang Mahram, Amang Seksual Dan Rakam Gambar Privasi Anak

LocalPolitics
12 Aug 2025 • 5:29 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang juruteknik berusia 41 tahun yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga tergamak mengkhianati darah daging sendiri apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 52 pertuduhan berkaitan rogol, cabul dan pornografi melibatkan anak perempuannya.

Juruteknik mengaku tidak bersalah

Menurut laporan Harian Metro, lelaki itu yang didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap anak kandungnya sejak beberapa bulan lalu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri.

image is not available

Foto: Kosmo!

Daripada 52 pertuduhan tersebut, 17 melibatkan kes sumbang mahram yang dikemukakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, manakala 34 lagi berkaitan amang seksual fizikal mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017.

Tidak cukup dengan itu, juruteknik itu turut berdepan satu pertuduhan membuat pornografi kanak-kanak selepas merakan dya keping gambar bogel mangsa yang didakwa mengikut Seksyen 7 AKSTK 2017.

Semua kesalahan tersebut dipercayai berlaku di rumah keluarga mereka di Taman Tambak Paya Harmoni, antara 12 Mei hingga 2 Ogos lalu.

image is not available

Foto: Malaysia Gazette

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Ehsan Nasarudin, mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setia pertuduhan, namun tertuduh merayu agar jumlah dikurangkan dengan alasan tidak mampu membayar selepas simpanannya diambil isteri, selain mendakwa berada dalam keadaan tertekan dan mahu membunuh diri.MUA PERTUDUHAN N

Mahkamah membenarkan jaminan RM90,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan, sebelum menetapkan 18 September depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved