Juruteknik elektrik maut terlanggar belakang kereta

LocalCars
12 Dec 2024 • 11:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Motosikal mangsa mengalami kerosakan selepas kemalangan di Lebuh Raya Timur - Barat, Kampung Air Asahan, Tanah Merah pada Rabu.

KOTA BHARU - Seorang juruteknik elektrik disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah selepas terbabit kemalangan di Lebuh Raya Timur-Barat, Kampung Air Asahan, Tanah Merah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, mangsa yang berusia 23 tahun cedera parah di bahagian kepala selepas terlanggar sebuah kereta kira-kira jam 10.45 malam Rabu.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Jeli ke Tanah Merah.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang berada di sebelah kiri jalan tiba-tiba memasuki jalan berkenaan.

"Mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian kiri belakang kereta yang dipandu lelaki berusia 49 itu," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Mohd Haki memberitahu, akibatnya mangsa terjatuh ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala dan di bawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Jelas beliau, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Esmayauqi Ismail di talian 0125990139.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved