Juruteknik rugi lebih RM200,000 terpedaya tawaran kerja sambilan

LocalBusiness & Finance
31 Jan 2025 • 4:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

KUANTAN: Seorang juruteknik di sebuah kilang mengalami kerugian lebih RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan menerusi dalam talian tahun lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa lelaki berusia 48 tahun itu telah berminat dengan tawaran perniagaan dropship pakaian yang ditawarkan suspek menerusi satu aplikasi pada 14 Dis.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata mangsa seterusnya telah beurusan dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum diberikan satu alamat laman sesawang bagi tujuan menjalankan perniagaan itu.

“Mangsa kemudiannya telah membuat 14 kali pindahan wang menggunakan duit simpanan dan pinjaman bank ke lapan akaun berlainan berjumlah lebih RM200,000 untuk menjalankan perniagaan tersebut.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Namun, dia mula menyedari diperdaya setelah diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM20,000 untuk mengeluarkan keuntungan sebanyak US$60,000,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara itu, beliau menasihatkan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan dan membuat semakan nombor akaun diterima terlebih dahulu di semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.