Jurutera maut motosikal langgar babi di Kuala Terengganu

29 Sep 2025 • 11:41 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA TERENGGANU: Seorang jurutera lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar seekor babi yang melintas di hadapan Masjid Berangan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira 6.30 pagi mengenai kemalangan tersebut.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa Azhar Yusof berusia 48 tahun dalam perjalanan dari kediamannya di Kampung Bukit Berangan ke Masjid Kampung Bukit Berangan untuk menunaikan solat subuh.

Siasatan awal mendapati motosikal mangsa yang sedang bergerak telah melanggar binatang dipercayai khinzir yang melintas dari arah kiri motosikal ke tengah jalan.

Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Azli berkata mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved