Jurutera PKD ditemukan lemas di Bachok

12 Mar 2023 • 9:40 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Supt Mohamad Ismail Jamaluddin - Gambar fail

KOTA BHARU - Seorang jurutera Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Kuala Gel Melawi, Bachok, pada 5.48 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata anggotanya yang tiba di lokasi kejadian pada 8.15 malam mendapati mangsa, Fauzan Azamuddin, 34, telah dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Beris Kubur.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved