Jurutera Sarawak Kena Durian Runtuh, Menang Jackpot RM8.4 Juta Sekelip Mata

7 Nov 2023 • 11:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah atas kemenangan luar biasa ini

Jurutera Sarawak Kena Durian Runtuh, Menang Jackpot RM8.4 Juta Sekelip Mata. Seorang jurutera berumur 58 tahun telah membuktikan bahawa kegigihan dan kepercayaan terhadap nombor keberuntungan boleh mengubah nasib seseorang apabila dia berjaya memenangi jackpot Toto 4D sebanyak RM8.4 juta pada Ahad, 22 Oktober 2023.

Pemenang yang tidak didedahkan namanya itu menceritakan bahawa dia telah membeli nombor kegemarannya – 1111 – yang menurutnya sering habis dijual. Walaupun nombor itu popular dan biasanya sukar didapati dalam permainan Toto 4D, ia masih tersedia dalam Toto 4D Jackpot.

image is not available

Dengan tekad dan harapan, jurutera tersebut telah membeli nombor kegemarannya itu dalam bentuk tiket Sistem 3 bersama dengan nombor 4D lain. “Saya telah membeli pasangan nombor yang menang ini bersama dengan nombor 4D lain,” ujarnya.

Tiket yang membawa tuah itu telah dibeli di Kuching, Sarawak. Dengan kemenangan ini, beliau kini menjadi salah seorang dari sekian ramai rakyat Malaysia yang berjaya mengubah hidup mereka melalui permainan nombor.

Pemenangan ini mengundang perhatian ramai dan menjadi buah mulut orang ramai, menunjukkan bahawa keajaiban masih boleh berlaku dalam kehidupan seharian.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di bawah:

https://www.iloveborneo.my/ini-lokasi-abc-cendol-yang-padu-di-kuching/

https://www.iloveborneo.my/senarai-vendor-food-republik-kuching/