Juruterbang cedera dipindahkan ke hospital lain

3 Aug 2022 • 1:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Juruterbang yang terselamat dalam nahas pesawat ringan terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng pada Isnin dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan lanjut.

Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dipindahkan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh ke sebuah hospital swasta di Damansara, pada Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemindahan itu dilakukan atas permintaan keluarga untuk rawatan dan pembedahan.

"Mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Damansara atas permintaan keluarga.

"Difahamkan mangsa akan menjalani pembedahan hari ini (Rabu)," katanya ketika dihubungi, pada Rabu.

Dalam kejadian itu, Muhammad Din Fikri yang merupakan ketua jurulatih penerbangan di BATS Aviation Sdn Bhd mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Insiden yang berlaku sekitar jam 8 malam itu mengorbankan seorang juruterbang, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52.

Dilaporkan kemalangan terbabit melibatkan jenis pesawat Piper 28-161, pendaftaran 9M-BAA yang dikendalikan oleh BATS Aviation Sdn Bhd.

Kejadian berlaku ketika pesawat berkenaan sedang menjalani latihan penerbangan di Sungai Pinji selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved