Juruterbang MAS Viral Sebab Berjaya Daratkan Pesawat Walaupun Macam Ketam Mengiring!

10 Dec 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Juruterbang MAS Airlines sekali lagi tular di media sosial sehingga meraih perhatian dunia selepas berjaya melakukan pendaratan dengan menggunakan teknik Crabbing di Lapangan Terbang Heathrow, London pada Sabtu lalu.

Menerusi satu klip video, juruterbang dilihat menggunakan teknik 'crabbing' bagi mengekalkan kawalan pesawat, walaupun menghadapi tiupan angin kencang akibat ribut Darragh.

Susulan itu, kecekapan dan kemahiran juruterbang Malaysia Airlines menjadi perhatian dunia kerana berjaya melakukan dengan pendaratan dengan baik walaupun tugasan itu sebenarnya dianggap sukar.

Pesawat itu mendarat dengan kedua-dua roda belakang menyentuh landasan terlebih dahulu, manakala hidung pesawat berada pada sudut hampir 45 darjah sebelum melantun sedikit dan kemudian diluruskan dengan sempurna.

Di Malaysia, rata-rata netizen menyifatkan pendaratan yang dibuat itu kelihatan seperti seekor 'ketam' sedang mengiring.

image is not available

Untuk makluman, teknik “crabbing” sering digunakan juruterbang untuk membuat pendaratan ketika berada dalam keadaan angin lintang.

Pesawat diarahkan sedikit serong supaya tetap stabil sebelum tayar menyentuh landasan.

Bagaimanapun, ini bukan kejadian pertama kali membabitkan juruterbang MAS mampu melakukan pendaratan dengan baik walaupun cuaca buruk.

Ini kerana sebelum ini, ada beberapa klip video memaparkan kemahiran juruterbang Malaysia Airlines mengendalikan pesawat besar ketika cuaca buruk termasuk angin lentang di beberapa lapangan terbang pernah tular di seluruh dunia.