Juruterbang Maut, Seorang Cedera Dalam Nahas Udara Di Portugal

3 Jun 2024 • 3:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ISTANBUL, 3 Jun (Bernama-Anadolu) — Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi, lapor Agensi Anadolu yang memetik agensi berita Portugal, Lusa.

Kemalangan itu berlaku di Pangkalan Udara No 11 di Beja, selatan Portugal yang menjadi tuan rumah kepada pertunjukan udara untuk meraikan ulang tahun ke-72 Tentera Udara Portugal (PAF).

PAF kemudian mengesahkan laporan itu dan berkata: “Tentera Udara memaklumkan pada pukul 4.05 petang waktu tempatan (1505 GMT) di Pertunjukan Udara Beja, dua pesawat terlibat dalam nahas ketika melakukan demonstrasi penerbangan.”

Ia berkata pihak tentera udara memberikan perkhidmatan kecemasan, di bawah pelan kontingensi disediakan, yang dilaksanakan dengan segera.

Pihak media memetik sumber PAF yang mengenal pasti dua pesawat itu adalah pesawat latihan era Soviet, Yakovlev Yak-52 dan menambah juruterbang yang terkorban itu merupakan rakyat Sepanyol.

Menteri Pertahanan Portugal Nuno Melo berkata pihak tentera udara akan melakukan siasatan ke atas nahas itu.

Sumber: Bernama