Juruterbang Russia dan Ukraine bergaduh, pesawat dilencongkan ke Arab Saudi

30 Sep 2026 • 4:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Juruterbang Russia dan Ukraine bergaduh, pesawat dilencongkan ke Arab Saudi

RIYADH – Pertelingkahan antara dua juruterbang menyebabkan sebuah pesawat milik syarikat penerbangan FlyDubai yang menuju ke Tel Aviv dari Dubai, terpaksa dilencongkan ke Arab Saudi, lapor laman berita CNN. 

Pesawat itu turun penurunan kira-kira 17,400 kaki, daripada 34,000 kaki kepada 16,000 kaki, di barat laut Arab Saudi dalam masa dua minit pada sekitar pukul 1.20 pagi (waktu tempatan), menurut data pemantauan penerbangan yang disemak oleh CNN. 

Pesawat berkenaan kemudian menghantar isyarat kecemasan pada pukul 1.32 pagi (waktu tempatan). 

Seorang pegawai Israel menyatakan insiden tersebut bukan disebabkan pencerobohan, sebaliknya berpunca daripada konflik dalaman. 

Kejadian itu menyebabkan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Israel mengadakan perundingan keselamatan. 

Jet pejuang Israel dikerahkan selepas isyarat kecemasan dihantar, kata jurucakap tentera Tel Aviv kepada CNN. 

Saluran televisyen Israel N12 melaporkan bahawa isyarat itu dihantar disebabkan pertelingkahan antara dua juruterbang di dalam kokpit. 

Seorang juruterbang dilaporkan berasal dari Russia, manakala seorang lagi dari Ukraine, lapor laman berita PRM. 

Pergaduhan itu menyebabkan salah seorang juruterbang pengsan.

Selepas pesawat mendarat, kedua-dua juruterbang diturunkan daripada penerbangan tersebut. – AGENSI

The post Juruterbang Russia dan Ukraine bergaduh, pesawat dilencongkan ke Arab Saudi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved