Jurutrebang ditahan di Jakarta: MP kepong gesa dedahkan rakaman CCTV suspek di KLIA

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 4:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jurutrebang ditahan di Jakarta: MP kepong gesa dedahkan rakaman CCTV suspek di KLIA
Laporan Sinar Harian pada Isnin berhubung kenyataan AKPS terhadap pemeriksaan bagasi Juruterbang ditahan di Indonesia.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa pihak berkuasa mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pemeriksaan dijalankan terhadap seorang juruterbang yang ditahan di Indonesia kerana disyaki menyeludup 25 kilogram dadah ke negara itu.

Menurutnya, gesaan itu dibuat selepas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan bahawa warga Malaysia berusia 39 tahun itu telah melepasi pemeriksaan keselamatan wajib di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang ditahan di Jakarta: Dadah dipercayai dibawa dari KL sebelum transit di Kota Kinabalu

 

"Jika benar semua prosedur keselamatan telah dipatuhi, tiada alasan untuk rakaman CCTV ketika suspek menjalani pemeriksaan dan bagasinya diimbas di KLIA tidak didedahkan kepada umum.

 

"Rakyat tidak sepatutnya diminta menerima kenyataan rasmi semata-mata sebaliknya, rakaman CCTV itu merupakan bukti paling jelas untuk menunjukkan bagaimana pemeriksaan tersebut dijalankan dan sama ada semua prosedur keselamatan benar-benar dipatuhi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahli politik DAP itu berkata, mana-mana bahagian sensitif dalam rakaman itu boleh dikaburkan tanpa menyembunyikan keseluruhan proses pemeriksaan.

"Saya menggesa pihak berkuasa menyiarkan rakaman CCTV yang berkaitan dengan segera, secara penuh dan tanpa sebarang suntingan yang boleh menjejaskan konteks kejadian.

"Ketelusan akan melindungi keyakinan rakyat terhadap keselamatan KLIA. Siarkan rakaman itu dan biarkan rakyat melihat serta menilai sendiri," katanya lagi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved