Justin Bieber mampu senyum semula

Entertainment
17 Mar 2023 • 11:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bieber menunjukkan dia mampu mengerdipkan mata serta menggerakkan kening. - Foto Instagram/Justin Bieber

PENYANYI Justin Bieber kini dapat senyum semula selepas mendedahkan dia mengalami 'kelumpuhan muka' disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.

Dalam satu muat naik video di akaun Instagram miliknya, Bieber, 29, menunjukkan dia mampu mengerdipkan mata serta menggerakkan kening.

Kesemua gerakan ini tidak mampu dilakukannya pada bulan Jun tahun lepas.

"Kelumpuhan ini disebabkan virus yang menyerang saraf di telinga dan muka," katanya ketika itu.

Sindrom Ramsay Hunt, iaitu gangguan saraf yang jarang berlaku, disebabkan virus varicella-zoster yang menyerang saraf di bahagian kepala dan telinga.

Susulan itu Bieber terpaksa menunda beberapa konsert dalam Jelajah Dunia Justice. - Awani

View Original Article