Justin Timberlake Dibebaskan Selepas Didakwa Mabuk Ketika Memandu

Entertainment
19 Jun 2024 • 5:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penyanyi popular, Justin Timberlake yang ditahan oleh pihak polis atas dakwaan memandu dalam keadaan mabuk kini dibebaskan tanpa jaminan.

Memetik laporan CNN, pihak polis menyatakan bahawa penyanyi berusia 43 tahun itu dilihat memandu kereta BMW 2025 miliknya dalam keadaan mabuk di sekitar Sag Habour, New York.

image is not available

Foto: CNN

Kesan daripada tindakannya itu, Justin dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya di papan berhenti serta tidak dapat mengekalkan posisi keretanya di lorong yang sepatutnya.

Menurut keterangan daripada pihak berkuasa, semasa pelantun lagu Mirrors itu ditahan, dia sedang berada dalam keadaan mabuk dan tidak stabil.

image is not available

Foto: CNN

“Matanya merah, bau minuman beralkohol yang kuat dari nafasnya, tidak dapat memberikan perhatian, tidak stabil dan berprestasi buruk pada semua ujian ketenangan lapangan yang standard,” katanya berdasarkan rekod mahkamah.

Peguam penyanyi tersebut, Ed Brake berkata, selain pertuduhan enggan melakukan ujian nafas, anak guamnya turut didakwa atas kesalahan meneruskan pemanduan di papan berhenti serta gagal berada di lorong yang betul.

Namun begitu, Justin kini dilaporkan telah bebas tanpa sebarang jaminan dan sebutan semula kes terbabit akan dilaksanakan pada 26 Julai ini.

image is not available

Foto: Billboard

Berdasarkan sumber iaitu Majalah People, selebriti yang juga penulis lirik itu telah ditahan oleh pihak berkuasa sejurus dia selesai makan malam di American Hotel.

Sumber: CNN